Kehebatan Teknologi Bangsa Melayu Dulu

Tahukah anda sahabat... bahwa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau Yunani dan Arab, namun bangsa kita juga harus berbangga karena orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahwa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.

Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak dari Indonesia dan Malaysia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu adalah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain, astronomi, fara‘id, matematik, perubatan, ramalan dan tabir, ilmu hayat, tasawuf dan falsafah dan teknologi. 

Manuskrip yang tersimpan di luar di antaranya  ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. 

Semua manuskrip  ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidangnya. Manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan tabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.


SAINS MELAYU
Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno. Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang. I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7. 

Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (panday besi/empu keris, tumbak dsb), perubatan dan astronomi (falak). 


TEKNOLOGI MELAYU
Ahli teknologi melayu dikenali sebagai empu atau panday besi yang dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yang dikatakan mempunyai ilmu mistik. Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yang diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari. Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai besi dan hakim itu. Dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik panday Melayu percaya setiap benda yang dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yang menentukan prestasinya. Pembuatan keris tersebut mengikut kaidah kisaran/eluk 4 akan tetapi 2,5,6,7 dan 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu.



Kapal Borobudur adalah kapal layar bercadik ganda terbuat dari kayu yang berasal dari abad ke-8 di Nusantara yang digambarkan dalam beberapa relief Borobudur, Jawa Tengah, Indonesia. Kegunaan cadik adalah untuk menyeimbangkan dan memantapkan perahu. Perahu kano bercadik tunggal atau kembar adalah perahu khas bangsa bahari Austronesia yang digunakan dalam penjelajahan dan penyebaran mereka di Asia Tenggara Oseania, dan Samudra Hindia. Jenis perahu besar bercadik kembar yang ditampilkan di Borobudur kemungkinan besar adalah jenis kapal yang sama yang digunakan oleh dinasti Sailendra dan Kemaharajaan bahari Sriwijaya yang menguasai perairan Nusantara pada kurun abad ke-7 hingga ke-13.

Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan perahu dan Jong. Jong merupakan kapal besar Melayu yang diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15, akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal. Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum tahun 2000) di Nusantara, terdapat ukiran perahu primitif yang menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit. Bangkai perahu dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina dan Zaytun dekat Hong Kong . Ukiran di Borobudur menunjukkan Kapal besar mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segi empat serta layar linggi depan dan pengapung. Panjang Jong antara 50-80 m dan merupakan kapal terbesar yang merentas lautan di Nusantara.

Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong/perahu dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih daripada 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton. Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang . Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan daripida kapal karam hampir 100 tahun lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahwa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan mereka sering digunakan oleh pengembara/pelayar dari Cina, India, Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. 



Posting Komentar

0 Komentar